MENDAKI GUNUNG
MEREDAH LAUTAN
MERENTAS BELANTARA
demi Ariff
Mak akan teruskan usaha ...
semoga
ADA BAHAGIA DI HUJUNG SANA
ARIFF MASIH TRAUMA
Anak saya cakap cikgu BUAT. Saya percaya. Why ?
KEDUA :
JPNS hantar laporan PALSU ke Kementerian Pelajaran Malaysia. Why ?
Fikirlah, kalau tuan pun mereka sanggup buat begitu, apatah lagi saya yang tak ada apa-apa ni... dan anak saya yang tak tau apa-apa tu...
Turunlah tuan. Tak rugi datang Jelebu. Pemandangannya indah mengusik kalbu.
Wahai rakyat Malaysia yang dikasihi, saya ada cerita menarik untuk kita kongsi bersama. Yang baik, kita jadikan pedoman. Yang jelek, kita jadikan sempadan.
Jelas ? Saya harap jelas. Saya teruskan lagi.
Saya telah membuat aduan rasmi kepada pihak polis, sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Pihak polis telah selesai menjalankan siasatan. Sekarang mereka sedang menunggu keputusan pendakwaraya. Terima kasih kepada semua anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah Jelebu yang bertindak pantas dan memanggil kami untuk memaklumkan hasil siasatan. Kami rasa berbesar hati dan puas hati kerana hasil siasatan dilaporkan kepada kami sejelas-jelasnya.
JPN juga telah menjalankan siasatan. Hasil laporan telah dihantar ke Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia di Putrajaya. Mati hidup balik pun, saya tidak tahu bahawa laporan telah dihantar ke sana kerana saya tidak menerima apa-apa maklum balas dari pihak JPN. Di sini, saya membuat perbandingan : Kalau Polis Jelebu boleh panggil saya untuk memaklumkan hasil siasatan, mengapa JPN tidak berbuat demikian ? Siapa lebih profesional ?
Kementerian ? Saya tidak tahu KPM menjalankan siasatan sendiri atau menunggu hasil siasatan PPD dan JPN ? Sumpah, saya tak tahu. Mungkin mereka datang diam-diam. Mungkin juga mereka balik diam-diam. Kemudian mereka buat analisis dan sintesis diam-diam. Manalah saya tahu. Yang saya tahu, saya tidak menerima sebarang maklum balas dari KPM sehinggalah semalam apabila saya ke Putrajaya.
Baru semalam saya tahu bahawa mereka ada menerima laporan siasatan dari JPN. Saya telah dimaklumkan tentang hasil siasatan. Saya sedih. Polis Jelebu boleh ambil inisiatif panggil saya untuk terangkan hasil siasatan tapi KPM tak panggil pun. Saya datang sendiri tanpa jemputan. Nasib baik kedatangan diterima dengan tangan terbuka. Terima kasih.
Tapi laporan yang JPN hantar pada KPM adalah laporan palsu. Bohong. Tipu.
CIKGU YANG MENUMBUK ANAK SAYA
DILAPORKAN TIDAK BERADA DI SEKOLAH PADA HARI KEJADIAN.
Wahai rakyat Malaysia yang dikasihi, inilah antara kes-kes pembohongan yang besar dalam sejarah Malaysia. Macamana sebuah organisasi kerajaan yang besar di peringkat negeri boleh menghantar laporan bohong begini ? Bagaimana sebuah Jabatan Pelajaran Negeri boleh menghantar laporan kong kali kong macam ini ? Mana kredibiliti dan integriti organisasi ini ? Mana ?
Mana saksi ? Mana bukti ? Semua warga sekolah nampak dia berada di sekolah. Tapi tak tahu pula, kalau lepas ini, semua pakat-pakat kata tidak nampak dia. Kalau bulan bisa ngomong, dia takkan mampu berbohong. Kalau Bukit Tangga mampu berbicara, dia akan bercerita. kalau Jeram Toi mampu berkata-kata, dia takkan kata BIARLAH RAHSIA.
Kita nak tunggu ada budak OKU mati kena belasah, baru semua orang nak percaya cakap saya ? Baru orang atas nak turun tunjuk muka ? Baru pendidikan khas nampak kebenaran depan mata ? Baru nampak : siapa teraniaya, siapa cikgu tak berguna ?
MARI KITA KE PUTRAJAYA
DI SANA ADA MENTARI
MARI KAWAN CUBA TEKA
SIAPA MAIN LARI-LARI
MAK HARAP DOKTOR DAPAT TOLONG ARIFF. MAK DAN AYAH CUBA SEDAYA UPAYA KAMI BAWA ARIFF JUMPA DIA. DIA ADA ILMU DAN KEPAKARAN. MAK TAK ADA ITU SEMUA. MAK CUMA ADA KASIH SAYANG ABADI UNTUK ANAK-ANAK MAK.
P/S : CIKGU DAN PPM, TENANG-TENANGLAH BUAT PERSIAPAN HARI RAYA. KAMI MUNGKIN TAK SIAP APA-APA UNTUK RAYA. SIBUK KE SANA KE SINI MENGURUSKAN HAL ANAK YANG TERANIAYA DI TANGAN KALIAN. LAST MINUTE NANTI, ADA REZEKI, KAMI BELI JE DI PACIFIK SEREMBAN. SEMOGA BERBAHAGIA!
Tak ada selera nak makan nasi tetapi saya sediakan nasi dengan kari daging untuk suami dan anak-anak. Minuman untuk mereka : Teh O panas. Kejap aje dah masuk hari kedua puasa. Bulan-bulan puasa begini, rindu pada arwah mak yang dah 5 tahun pergi menemui Illahi ( 18 Oktober 2004). Al-fatihah. Semoga Allah cucuri rahmat atas rohnya. Amin.