Wednesday, August 5, 2009

AIR MATA IBU DI BUMI JELEBU (6)

Pagi ni saya tak kerja. Dada saya sakit. Saya rasa sesak nafas dan tak berdaya. Petang ni, saya ada ada appoinment dengan pakar psikiatri. Sekarang kami sedang menjalani terapi keluarga kerana trauma ...anak saya trauma nak ke sekolah. Saya dan suami pun trauma nak hantar anak ke sekolah ...

Saya nak sambung cerita tentang kes anak autistik mendakwa ditumbuk guru sehingga cedera dan berdarah.

Sambungan AIR MATA IBU DI BUMI JELEBU (5) :

Saya bawa Ariff ke kantin sekolah. Saya tanya dia betul-betul.

"KENAPA NI ARIFF? WHO DID THIS TO YOU ?"

"A MALE TEACHER"
(Ini jawapan anak saya)

"BETUL KE? KENAPA?"

Hancurnya
hati
saya
hanya
TUHAN
yang
tahu.

Tergamak orang buat anak saya macam tu.
Kejamnya orang buat anak saya macam tu!!!!

kalau ada apa-apa yang tak kena, telefon la saya.
Saya boleh datang secepat mungkin.
Sekolah saya mengajar bukan jauh.

Saya hairan kenapa kecederaan anak saya tidak diberi rawatan ?
Kenapa anak saya dibiarkan dalam keadaan bengkak dan berdarah ?
Hospital bukan jauh.
Klinik Kesihatan pun tak jauh.
Apalah salahnya jika anak saya dibawa ke klinik atau hospital untuk menerima rawatan ?

Ini tidak.
Anak saya mendakwa ditumbuk.
(Boleh ke cikgu tumbuk budak ? BUDAK OKU PULAK TU)
Saya nampak anak saya lebam dan berdarah.
Kemudian dibiarkan begitu sahaja.


Seolah-olah anak saya tak ada emak,tak ada ayah untuk dihubungi.
Seolah-olah anak saya tak ada nilai, tak ada makna.

IBU MANA TAK SEDIH ?IBU MANA YANG TAK KECEWA ?
IBU MANA YANG BOLEH BERDIAM DIRI ?
IBU MANA YANG BOLEH HIDUP SEPERTI BIASA SEOLAH-OLAH TAK ADA APA-APA YANG TERJADI?

KALAU KENA KAT ANAK DIA, APA RASANYA ?
Boleh ke dia senyum dan ketawa gembira?
Boleh ke dia duduk diam-diam dan berkata tak ada apa-apa ?
Boleh ke dia tidur lena ?

Saya tak tahu. Yang saya tahu : SEKARANG SAYA AMAT MENDERITA!!!!!
suami saya pun sama menderita...
Nilam pun rasa sedih dan hiba ...

MAK, KENAPA CIKGU TUMBUK ABANG ?
Mak tak tau, nilam!!!


TERIMA KASIH KEPADA BAPAK YANG BANYAK MEMBERI KATA-KATA SEMANGAT DAN TERUS MENDOAKAN KESEJAHTERAAN KAMI SEKELUARGA. TERIMA KASIH BAPAK KERANA MENGGUNAKAN PENGALAMAN BAPAK SEBAGAI AYAH, IMAM, GURU, GURU BESAR DAN PENYELIA PENDIDIKAN DAERAH UNTUK MEMBANTU SAYA BERHADAPAN DENGAN SEMUA INI.

TERIMA KASIH BAPAK!!!

Terima kasih jua kepada semua adik-beradik yang menghulurkan sokongan moral tidak berbelah bagi...Terima kasih Elis sebab tolong buat blog ni.

3 comments:

  1. Saya pun ada dua anak OKU. Sorang masalah autistic umur 19 tahun, lagi sorang masalah down syndrome umur 4 tahun. Yang autistic tu lagi teruk dari anak puan, tak boleh bercakap.

    ReplyDelete
  2. i would suggest you to propose to your lawyer to get the teacher to go through mental test. bukan niat nak malukan dia, but at least from there we know samada cikgu fit to teach or not. owang zaman la ni bukan macam zaman dulu. dulu profession perguruan ni orang pandang tinggi. La ni kerja as GURU ni, profession terpaksa lepas tak dapat mana2 peluang pekerjaan di sektor swasta / kerajaan. tu yang kalau panas sket je..anak muridlah jadik mangsa!
    my 2 cents!

    ReplyDelete
  3. ya allah..kenapalah cikgu tu kejam sgt.. sokong ckp alice tu....tak pasal2 anak yg jadi mangsa..
    kuatkan semangat ok...

    ReplyDelete