Saturday, August 22, 2009

CERITA KELAHIRAN ARIFF

GAMBAR HIASAN
Ariff lahir pada 24.12.1997 di Teluk Intan , Perak. Selepas Ariff lahir, mak dikejarkan ke bilik bedah kerana ada komplikasi. Mak juga mengalami tumpah darah. Kemudian mak dimasukkan ke ICU selama 4 hari sehinggalah keadaan mak stabil.

Masa dalam ICU, mak rasa siksa betul. Kena masuk air. Kena masuk darah. Kena pakai tiub buang air kecil. Siksanya Tuhan aje yang tau.

40 hari dalam pantang, Ariff sentiasa menangis malam. Sepanjang malam Ariff menangis. Tapi Ariff tau tak ? Mak setia di sisi Ariff. Sikit pun mak tak tidur. Mak dukung Ariff bawa pusing-pusing dalam rumah atuk. Penat. mengantuk tapi mak tak kisah pun. Mak tau mak ni mak. Memang itu tanggungjawab mak.

Ariff, orang boleh kata mak apa sahaja. Katalah. Hinalah. Terlalu banyak hinaan dan cercaan orang terhadap mak. Terlalu banyak. Tapi orang tak pernah tahu Mak hidup macamana selama ni . Orang tak pernah tahu betapa besarnya pengorbanan mak untuk Ariff selama ini ... mak tak pernah jemu. Selagi hayat dikandung badan, mak akan terus berkorban untuk Ariff ...

MAK PERCAYA, SUATU HARI NANTI, BILA MAK DAH TUA, ARIFF LA YANG AKAN JAGA MAK. MAK PERCAYA SANGAT. NILAM ? NILAM AKAN KAWIN. DIA AKAN ADA KELUARGA SENDIRI...

Ariff la yang akan bersama-sama mak nanti ...

No comments:

Post a Comment