Monday, August 31, 2009

SURAT TERBUKA UNTUK FITNAH BELAKA

(Saya menerima komen dari seorang insan yang menggunakan nama : FITNAH BELAKA).
DIA KATA SAYA BUAT FITNAH.

Salam Tuan Fitnah Belaka ,

Terima kasih atas pandangan tuan. Saya terima dengan hati terbuka.

Tuan nak cakap apa pun, cakap la ... Saya ok. Nanti, kena pada anak tuan, baru tuan tau. Mungkinkah ketika itu kita boleh menangis bersama sambil berkongsi sekotak kertas tisu ?

Terima kasih. Saya berani kerana benar .

8 comments:

  1. Fitnah Belaka must be ONE Of the KONCO. ntahnya sanggup sign-up new google account semata2 untuk hentam you. the way dia cakap, macam dia in the picture! just ignore him / her. The truth will be revealed really soon. At your end, stay focus. I'm in the midst to get 2 YB's to interfere into this matter!! Don't give-up, Puan!

    ReplyDelete
  2. Yep, and this is how typical Malay will think: as i didn't agree with you, so i'm one of the culprit, i'm the one who co-operate in the complot-of-abusing-the-autistic-child-retoric-made-from-the-person-who-always-think-that-she-was-right-without-a-proof? oh sick old people...
    As i mention in my earlier comment, i'm a proof-seeker, the man who doesn't agree with just a blog from an old woman who claimed that her son was abused from just a little mark on his face and from what her son told'er.
    And what the diff between me and the blog owner? She dare to create a new blog just want to pretend her opinion, so do i. But at least, i'm thinking outside the box, i don't easily accept what people write in their blog, and people usually read in the negative way, so what they got in their mind was: what ever happens between teacher and primary student, especially OKU, the one should be blamed was the TEACHER. No offense, this was buried in our typically Malay mind since our ancestor and thats the truth.
    And you mr, yeah you can bring this to your YB's or what (must UMNO kiddo this guy lol)but did you concern sir, if the truth revealed soon, and it is not on your side, not exactly same as you think, what do yo do sir?....please, think before we made a statement.TQ

    ReplyDelete
  3. Sangat sedih kalau yang menulis ini seorang guru..lebih lebih lagi kalau dia mengajar pelajar OKU..sedih sangat..dari tulisan dan kata kata nya mengambarkan betapa sombong dan bongkah sikap seorang guru.jangan menuduh seseorang typical melayu dok menyalahkan guru..memang tak semua guru zalim dengan OKU dan mak mak pun tau bezakan yang mana cikgu betul yang mana anak betul.di depan anak anak saya seorang guru menampar autistik student di sekolah nya.Esok maknya datang sekolah dan beritahu anak nya tidak mahu sekolah lagi..memang ia berlaku ..dan biar la si ibu ingin mencari keadilan untuk anak nya.hormati pilihan dia.kalau anda fikir anda betul diam aje.jangan nak mengutuk orang..walau pun mungkin dia kalah dalam perjuangan nya tapi tak bermakna dia memang bersalah tapi mungkin juga kerana maklumat di putar belit, saksi pun OKU,semua kemungkinan boleh berlaku seperti berlaku pada anak saya semasa di gantung sekolah 5 tahun dulu..menggunakan pelajar junior untuk buat surat dan komen sedangkan anak saya tidak buat apa yang di tulis oleh pelajar junior.mereka berjumpa dengan saya dan kata mereka di paksa dan sanggup jadi saksi..hanya kerana suami menghantar surat kepada kementerian, mereka tahu mereka tersilap tapi mereka putar belitkan fakta.tapi saya tidak panjangkan hal ini atas nasihat pengarah pelajaran memandangkan keputusan dia tak begitu baik dan SPM hanya 7 bulan lagi..saya keluarkan dari asrama dan tukar sekolah lain dan alhamdulillah dia cemerlang dlm SPM dan kini menuntut di IPTA.

    Untuk puan teruskan usaha puan.saya menyokong puan.saya tahu puan kuat dan tabah tak seperti saya dulu..

    ReplyDelete
  4. Its very pathethic either if this blog was created by a teacher. Tidak, saya bukan guru tapi komuniti blogger yg secara terangan minta bukti pd pihak menuduh. Ya mungkin pengalaman puan dgn anak puan menganggap itu adalah abuse benar, tp tidak adil jika puan meletakkan tuduhan yg sama pd setiap situasi tanpa bukti yg kukuh. Dan jika puan kata jika saya btl puan srh saya senap, nape tak katakan perkara yg sama pd blog owner? Biar saya tlg ckpkan bg pihak puan. Blog owner, kalo rase diri tu btl, diam je lah. Tapi setiap manusia ada hak, termasuk saya, blog owner dan pihak yg dituduh. Pernah saya suruh blog owner diam? Saya hanya minta dia kaji, cari bukti yg kukuh, sblm buat atau tulis apa2 kenyataan. Skrg puan blh nilai siapa yg kejam? Saya ke puan? 100% blog owner membuat apa yg difikirkannya perlu utk mendapatkan haknya, termasuk membuat blog ini, tapi adakah beliau sedar, membuat kenyataan seperti ini sblm terbukti seseorang itu bersalah, dpt memberikan hak yg sama pd tertuduh. Anak puan pernah ditampar serta dibuang asrama, sama juga yg berlaku pd org lain saya rasa, dan terfikirkah puan, mgkin rasa yg sama berlaku pd org yg puan tuduh. Kedua2 penulis ada pengalaman yg buruk pd pihak guru dan sekolah bg mereka tapi adilkah bg mereka membuat blog spt ini, jmpa menteri sana sini, buat surat htr kpd org itu ini semata2 pd perkara yg berlaku tanpa bukti yg betul2 sahih, anak puan ditampar depan mata, anak blog owner berdarah mulut, tapi xnampak siapa yg tmpar, jd conclusion yg puan berdua buat? GURU YG TAMPAR. Bijak sgt2. Saya x halang keadilan dan saya org yg paling kuat menyokong puan sekiranya ditunjukkan Allah setiap tuduhan puan itu benar. Wallahua'lam

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum..

    Saya dah lama ikuti perkembangan blog ini, dan saya menyokong tindakan Puan.. Tidak kiralah Melayu Tipikal atau bukan (saya bukan Melayu pun) dan tidak kira lah samada kes yang berlaku pada anak Puan ini atas kesalahan mana-mana pihak pun, tapi saya setuju yang Autistic Abuse memang wujud. Dan kewujudan blog ini sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran apa yang sedang berlaku di luar sana.

    Di sebuah sekolah berdekatan tempat saya bekerja pun, penderaan terhadap anak-anak istimewa ini ada berlaku, tetapi akibat berada di pedalaman, ianya tidak sampai kepengetahuan mana-mana pihak, jika sampai pun, mungkin akan mengambil masa yang lama dan mungkin ibubapa di sini tidak terpelajar, tidak mengetahui hak atau pun sentiasa menganggap tindakan yang dilakukan guru betul (bukankah sepatutnya begitu?). Guru itu kadang-kadang bermegah dengan rakan-rakan tentang apa yang dilakukan kepada anak-anak istimewa ini. Saya kadangkala terdengar cerita dari rakan-rakan tetapi hanya berupaya mengeluh sahaja.

    Baru-baru ini, guru tersebut (lelaki) mendapat cahaya mata. Seorang anak istimewa. Mungkin ini merupakan ujian Allah bagi dirinya. Wallahualam, tetapi saya berharap dengan kehadiran anak istimewa ini, dia lebih mengerti apa yang tersirat dalam hati ibu-ibu yang mempunyai anak seperti ini.

    Apa yang ingin saya katakan disini puan:

    Allah tidak pernah membebankan umatnya dengan sesuatu perkara yang tidak mampu ditanggung

    Puan telah tanpa jemu mendidik ariff menjadi manusia di bumi ini. Jangan Puan putus asa dengan lemparan kata-kata mereka yang tidak mengalami sendiri susah senang menjaga anak sebegini, saya percaya ada hikmah disebalik semua ini. Dan jika Puan dipihak yang benar, Puan tidak prerlu berasa marah dan tidak puas hati kerana ini hanya akan mengganggu kehidupan Puan sehari-harian. Yakinlah pada Allah, walaupun Puan mungkin tidak mendapat keadilan didunia, di akhirat kelak masih ada pertimbangan yang kita semua harus lalui dan Allah itu adil.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  6. Betul, Allah tidak pernah membebankan umatnya dengan sesuatu perkara yang tidak mampu ditanggung. Saya setuju pernyataan di atas. Wujud abuse bukan atas sebab kategori (autistik dbsgnya) Wujud abuse atas sifat pembuli itu sendiri. Perlukah saya memilih kategori yg harus saya buli dari kalangan OKU. Kalau saya, saya pilih yg mental retardation sahaja. Itu kalau saya seorang pembuli lah. Tapi saya tak seteruk manusia seperti itu, sya sgt sayangkan anak2 syurga ini dan sehingga ini ada 32 orang di bawah jagaan saya.
    Yakinkah tuan bahawa puan ini tidak mendapat keadilan di dunia? Saya bukan Tuhan dan saya tidak berani menyatakan bahawa beliau tidak mendapat keadilan kerana itu bukan kuasa saya.
    Saya hanya berkuasa menyatakan suatu tuduhan itu tidak harus dilemparkan dengan secara terbuka begini sementelahan masing2 tidak tahu mana satu yang benar sehingga dibuktikan. Senang bukan? Banyak buruk dari baiknya dengan tuduhan sebegini, sama ada kepada pihak puan, mahupun guru terbabit.
    Akhir kata, kepada cik/encik Friday da Fourth, Allah itu tidak adil, Allah itu maha adil. Adil sifatnya pada manusia, janganlah menyamakan Allah pada sesuatu sifatnya manusia, dan saya tahu itu typo tapi elakkan diri kita dari melakukan kesilapan. InsyaAllah...

    ReplyDelete
  7. emmm sebenarnye sy xreti nk mengomen niii namun penjelasan cik anonymous telh membuka at sy...peduli ape awak ngan siape btol siape yg menuduh???kenape?awk terase ke ngan kes ini???suka ati puan ni laa die nk bela nasib ank die...kalo xsenang skali pon jgn kaco or huru harakn blog org lain...knape terase sgt ngan keadilan yg cuba diperjuangkn niii??/ade sangkut paut nagn darah daging sndrk ke??? puan ni menulis tak mintak ko bace pon,,,apehalll tibe2 nk sakitkan at org ngan komen2 yg xmembina ko tuh???ADUHAIII MANUSIAAAA... huh.

    ReplyDelete
  8. Ni Sekolah kanak2 OKU Kuala Klawang ke?. Kalau betul, saya tak terkejut.

    Mmg ada krisis moral. Sebab salah seorang cikgu dia mmg tidak bermoral. Sanggup rampas suami org yg juga saudara sendiri untuk di jadikan SUAMI KE 3 dia. Apa lagi kalau bukan sihir, sebab seantero Klawang tau kes ni.

    Saya kira sekolah kanak khas terutamanya, dan kanak2 awal umur amnya, perlu mengkaji selidik latar belakang dan moral keluarga cikgunya. Lebih2 lagi bila nak bagi kenaikan pangkat pada org2 tak bermoral dan etika macam ni.

    Tak guna hantar pi kursus sana sini, bila diri terpalit dgn noda dan dosa, belakang org dok cerita keburukan moral anda. Saya pun taktau, cikgu yg abuse Arif ni cikgu mana satu, atau mungkinkah dia?

    Kepada ibu Arif, teruskan perjuangan. Kepada yg mengecam, saya nak katakan, tak kena batang hidung sendiri tak rasa sakitnya. Hidup masih panjang,hari masih mendatang,insyaallah suatu hari terlanggar jugak hidung tu kat mana2. Masa tu, harap2 tak terkeluar hingus.

    Kepada cikgu tak bermoral tu,ekau pun ado anak pompuan, ekau ado adik pompuan, ingek2 lah maso dopan. Mano tumpah kuah kalau tak kek nasi,yo tak?

    ReplyDelete