Sunday, August 9, 2009

TRAUMA - ARIFF TRAUMA NAK KE SEKOLAH.







PERISTIWA atau pengalaman trauma adalah satu perkara yang berlaku tanpa diundang atau dijangka. Malah kebanyakan individu tidak sanggup untuk berdepan dengan pengalaman traumatik.



Ini kerana peristiwa traumatik amat menakutkan, mengejutkan dan mengerikan. Sesuatu peristiwa dianggap terlalu mengerikan atau menakutkan mampu mencetuskan pengalaman traumatik yang akan mendatangkan kesan mendalam terhadap kestabilan mental dan emosi seseorang individu.

(Hari tu, saya bawa Ariff ke sekolah dia. Dia takut nak turun kereta. Saya pujuk ajak makan burger di kantin pun dia tak nak. Trauma betul dia. Wakil PPD jadi saksi. 2 orang cikgu pun jadi saksi. Tapi sorang cikgu tu cuba MENIDAKKAN. Dia kata, Ariff memang macam tu ... )



Trauma sebenarnya terbahagi kepada dua bahagian, iaitu trauma fizikal dan psikologikal.




Trauma fizikal ialah peristiwa yang mendatangkan kecederaan atau kecacatan secara lahir seperti kemalangan atau kebakaran.








Trauma psikologikal pula ialah satu kejutan mental dan emosi yang amat mendalam, berlaku akibat daripada peristiwa mencemaskan dan menakutkan seperti kemalangan, kematian atau kecurian.




Tetapi trauma psikologikal boleh juga berlaku disebabkan kesan daripada kecederaan fizikal.




Sememangnya tidak dinafikan bahawa trauma psikologi kronik akan mendatangkan risiko gejala gangguan mental dan penyakit fizikal lain.
Selain itu, ia turut mengganggu fungsi sosial, akademik dan kerjaya mereka yang terbabit.




Kebiasaannya ketidakstabilan psikologikal seperti rasa terkejut,
takut dan cemas selain rasa sedih dan mungkin juga rasa bersalah dalam dirinya
akan berlaku dalam tempoh beberapa hari selepas insiden.
Dalam tempoh itu,
besar kemungkinan individu berkenaan yang dihantui
oleh pengalaman menakutkan itu, merasakan satu kelainan dan perubahan besar
dalam diri dan
kehidupannya berpunca daripada peristiwa berkenaan.

Akibatnya, mangsa mengalami lebih banyak gangguan mental dan emosi seperti kemurungan, gangguan tidur dan bermimpi ngeri, tahap motivasi dan tumpuan yang semakin menurun dan hilang selera makan.
Akhirnya, ketidakstabilan mental dan emosi ini berterusan sehingga berbulan-bulan lamanya sehingga memerlukan rawatan psikologikal pula.
Ini ialah contoh bagaimana trauma fizikal yang dialami mengakibatkan trauma psikologikal.

Memang sudah pasti, individu yang mengalami sendiri peristiwa trauma sering menerima kesan lebih kuat berbanding individu yang hanya melihat atau mendengarnya saja.
Begitu juga individu yang paling hampir dengan mangsa traumatik sama ada melalui pertalian darah atau emosi juga akan menerima kesan traumatik kuat.
Perubahan ini berlaku kerana mereka sedang berdepan dengan suatu peristiwa yang amat signifikan dalam hidup mereka, tetapi dilihat dari perspektif trauma.


Peristiwa
dan
kejadian
trauma
sudah
tentu
akan
mengakibatkan
keresahan
dan
gangguan
kepada
manusia
dan
mendatangkan
kesan
buruk.
SAMPAI BILA ARIFF TRAUMA ?
SEBULAN ?
SETAHUN ?
ADA KE SEKOLAH PEDULI ?
SEKOLAH TAK AMBIL TAU PUN ...
Ariff, mak kecik ati sgt2 orang buat kita gini. Kejam ...
BIARLAH DERITA KITA TANGGUNG SENDIRI.
MAK AKAN TERUS SUSAH SENANG BERSAMA ARIFF. SEMOGA ALLAH BERSAMA KITA DAN DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN HIDUP KITA SEKELUARGA. AMIN.

No comments:

Post a Comment