Friday, September 18, 2009

KU TERSEDAR DARI LENA YANG PANJANG DAN TERUS JADI KURANG AJAR

Pada hari khamis 17 SEPTEMBER 2009, saya baru tersedar dari sebuah lena yang sangat panjang.

Betapa selama ini , saya tidur dalam jaga. Betapa selama ini , saya tidak menyedari hakikat dunia nyata. Betapa selama ini , saya menganyam mimpi indah tentang manusia.

Setelah tersedar, hakikatnya : berbeza!

Tak apa. hari ini, orang tak percaya saya. Hari ini, orang percaya dia. Lihat pada situasi ini, orang waras pun boleh jadi gila. Sakit. Bukti depan mata pun, orang masih tidak percaya. Lebih menyedihkan, pihak-pihak yang saya harapkan menegakkan kebenaran tidak dapat menegakkan kebenaran. KELU LIDAH UNTUK BERBICARA. SASAU MINDA UNTUK BERETIKA. MAKA SAYA PUN JADI KURANG AJAR ...

MEMANG SAYA KURANG AJAR!

KENAPA SAYA JADI KURANG AJAR?

ORANG DAH BUAT ANAK SAYA MACAM BINATANG MASIH BOLEH TERUS BERSANDIWARA. EXCELLENT.

KALAU SAYA SEORANG PRODUSER
AKAN SAYA AMBIL DIA SEBAGAI PELAKON UTAMA
KALAU SAYA SEORANG PRODUSER
AKAN SAYA AMBIL DIA SEBAGAI PENULIS SKRIPNYA
KALAU SAYA SEORANG PRODUSER
AKAN SAYA AMBIL DIA SEBAGAI DIRECTOR
TAPI SAYA BUKAN PRODUSER
JADI SAYA HANYA MAMPU KETAWA
MELIHAT BEGITU RUPANYA SIKAP MANUSIA
KURANG AJAR KAN SAYA ... ?
MAAFKAN SAYA KERANA TIBA-TIBA MENJADI KURANG AJAR ...
Maafkan saya bapak kerana untuk seketika, saya lupa tentang budi bahasa. Dah tu saya mencelah cakap orang tua. Dah tu pandai pulak tepuk-tepuk meja. Menantu bapak pun sama. Nasib baik, kami tak tumbuk sesiapa.
SYUKUR ALHAMDULILLAH
p/s : Suami saya baru tumbuk meja, orang dah kata kurang ajar. Tumbuk anak orang lagi kurang ajar ...

2 comments:

  1. Manusia menganiaya orang yang tidak berdaya dan cacat sememangnya tergolong dari golongan yang amat KURANG AJAR. Cuba fikirkan, kalau sesama manusia dan sesama agama, beliau boleh melakukan penganiayaan, bayangkanlah segala kehidupan yang menumpang berdekatan di bumi manusia tersebut berada! Sudah pastinya akan dianiaya tanpa rasa belas seorang manusia sepatutnya sedar bahawa kita semua adalah musafir lalu menumpang di bumi Allah. Semoga laknat Allah tumpah ke atas manusia demikian. Amin....

    ReplyDelete