Saturday, August 8, 2009

ARIFF BOHONG ATAU CIKGU BOHONG ? MAK BOHONG ATAU CIKGU BOHONG ?


Gambar Ariff selepas mengadu ditumbuk guru. Gambar ni diambil pada hari kejadian kira-kira jam 1.30 tengahari oleh ayah dia yang berkejar dari Port Dickson ke Jelebu . Bahagian dalam mulut dia pecah darah ... Nampak tak pipi dia tinggi sebelah sebab lebam ?
Ada orang pertikaikan : Kalau betul anak saya cedera ditumbuk guru, mengapa petang baru buat report polis ?
Sebenarnya, masa orang sembahyang Jumaat, saya dah berada di balai polis.
Bincang-bincang dengan polis sebab hati saya belah bagi .
Nak report ke tak
nak?
Tak sampai hati nak report cikgu tu ...kalau boleh tak nak ...
Kami tak nak menganiaya sesiapa.
kami tak nak susahkan sesiapa.
Setelah berbincang, akhirnya kami buat keputusan : BUAT REPORT. Segala urusan termasuk pemeriksaan doktor selesai pada pukul 5.00 petang.
Kenapa kami report polis ?
Sebab kami kesian Ariff.
Sakit.
Lebam.
Berdarah.
Tapi tak dipedulikan.
Tiada siapa ambil tanggungjawab.
PPM senyap.
Cikgu senyap.
Penyelaras senyap.
Pengurusan sekolah senyap.
SEBAB ARIFF BUKAN ANAK DIA ORANG
Maka
Biarlah ibu yang bergadai nyawa melahirkan ARIFF ke dunia ini bising-bising .
Orang benci ?
Tak apa. Seorang ibu sanggup buat apa saja untuk anaknya.
BERKORBAN APA SAJA
HARTA ATAU PUN NYAWA

No comments:

Post a Comment