Monday, August 24, 2009

DARI SEREMBAN KE KUALA LUMPUR , DARI PULAI IMPIAN KE HKL




4.15 pagi - Saya bangun menyediakan makanan sahur untuk suami dan anak-anak.


5.00 pagi - Kami makan bersama.


6.00 pagi - Kami bersiap-siap untuk ke HKL.


( Selepas solat Subuh saya berdoa kepada Allah agar mempermudahkan segala urusan kami hari ini )


6.45 pagi - Kami bertolak. Kuala Lumpur, senyumanmu di pagi ini sungguh bererti ...


8.00 pagi - Sampai di Desa Water Park. adik saya dah menunggu. Saya tinggalkan kereta di Faber Tower dan menaiki kereta adik saya menuju ke HKL, merentasi smart tunnel sejauh 1.6km. Sejauh inikah perjalanan perjuangan kami ?


8.30 pagi - Sampai di Institut Pediatrik HKL. Terima kasih dik.


10.30 pagi - Berjumpa Dr F. Isi perbincangan : SULIT. Doktor keluarkan surat cuti sakit selama 86 hari untuk Ariff sebab dia trauma nak ke sekolah. Tuan Guru Besar, Nanti saya pos surat tu pada tuan ye.

12.00 tengahari - Sesi tamat. Telefon adik, minta datang ambil. Sekejap aje dia dah sampai.

12.30 tengahari - Menuju ke Putrajaya.


Rasa-rasa nak jumpa Menteri Pelajaran je tapi nak ke dia jumpa kami ... Maklumlah kami hanya insan tak punya apa . Tan Sri, Kami nak ngadu ! Boleh kan ? Dulu, masa pilihan raya, kami ada mengundi.
















3 comments:

  1. Dah cakap dgn Sikering. Mintak tolong dia contact Datuk Ahmad Ismail(former Umno Chief Bkt Bendera) & YB Yusmadi(Parlimen, Balik Pulau-PKR)

    Harap2 Tok Mat sudi2 tgk kes ni. sudi2 untuk tolong aturkan pertemuan dgn Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin Yassin...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. Ariff is the one... Simpati saya kepada Ariff dan puan sekeluarga. Anak saya Adam, 4 tahun, juga autistik. Kami hantar dia ke sekolah di titiwangsa. Apabila saya baca laporan mengenai anak puan di akhbar, saya tanya suami saya samada berbaloi hantar Adam ke sekolah biasa sekiranya ada guru2 yang tak berpendidikan wujud di sekolah biasa? Target sekolah Adam skrg ialah to prepare Adam to be in mainstream school. How can we protect our child from these ignorants? Daripada progress jadi re-gress. Kepada Allah kita memohon perlindungan. Amin.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,
    Saya juga adalah seorang ibu yang mempunyai anak autisma. Dahulu, anak saya tak tahu apa-apa. Hendak uruskan diri pun tak tahu.
    tapi alhamdulillah setelah saya hantar anak saya ke Calvary Victory Center, Johor Bahru, anak saya sudah mula berdikari. Dapat menguruskan diri sendiri, ambil makanan dan buat air sendiri. Dapat menulis dengan baik berkat kegigihan dan kesabaran guru- gurunya walaupun majoriti gurunya bukan berbangsa Melayu. Mereka adalah guru yang terlatih, sabar dan amat memahami kerenah anak- anak autism. Puan boleh layari internet tentang sekolah autism Calvary Victory Centre, Johor Bahru. Selamat Mencuba.

    ReplyDelete