Monday, August 17, 2009

SENYUMAN MONA LISA

Tak mampu untuk tersenyum seindah senyuman Mona Lisa. Tak senang duduk bila kenang hal
Ariff. Baru sekejap tadi, husband telefon dari PD beritahu tarikh appoinment Ariff dengan pakar
Psikiatri kanan-kanak Hospital Kuala lumpur : 24 OGOS 2009!

Alahamdulilah Dr F berminat dengan kes Ariff.

Terima kasih banyak-banyak Dr Nor Izam
kerana sudi mengaturkan temu janji untuk anak kami.
Hanya Allah sahaja yang dapat
membalas budi puan.

AKU BUKAN SEORANG MONA LISA
YANG MAMPU MEMUKAU DUNIA
DENGAN SENYUMAN PENUH PESONA
AKU CUMA SEORANG AKU
SEORANG IBU
DENGAN SENYUMAN SAYU
MENCARI SEJALUR CAHAYA
BUAT ANAKANDA TERCINTA

ATAS NAMA

KEADILAN UNTUK SEMUA


3 comments:

  1. Pukul berapa Arif punya appointments?

    ReplyDelete
  2. Puan, saya harapkan banyak2 bersabar, dan saya minta mana2 pihak jangan menilai kes ini dari sebelah pihak sahaja.
    It's not true or false tapi ini lebih kepada sikap. Ya, sikap puan dan juga pihak lain yang terbabit. Puan, jika betul, minta puan siarkan salinan diagnos doktor yang menyatakan anak puan dipukul, bukan saya tidak percaya kepada puan, tapi puan selalu melaungkan keadilan untuk semua, tapi adilkah pada pihak guru atau sekolah itu sendiri sekiranya puan selalu menuduh mereka pilih kasih tanpa bukti? Puan selalu minta keadilan, jadi tolong berikan keadilan pada mereka juga.
    Saya, bukan ibu bapa, bukan pekerja kerajaan seperti puan, tapi sebagai penjaga, anak2 syurga dan seorang yang amat mementingkan keadilan, pernah mengendalikan/menjaga ramai anak2 autism.Tidak pernah saya lihat sesiapapun, sanggup memukul anak2 autism ini, sementelahan mereka berada dlm dunia mereka sendiri, dan tidak mengganggu langsung mereka yang berada di sekeliling. Akan tetapi, ramai dari kalangan mereka ini mengalami masalah emosi, kebanyakannya emosi melampau, yang sanggup merosakkan barang2 di persekitaran mereka sendiri, dan juga ada yang sanggup memukul atau mencederakan diri mereka sendiri. Ini disebabkan beberapa faktor seperti anak2 autism ini mempunyai pemikiran yang seperti duplicate atau photostae machine di mana mereka kebanyakannya meniru percakapan orang sekeliling, dan juga dari sumber2 seperti televisyen, radi dsbg. Perlakuan atau peniruan ini kerapkali diulangi mereka terutama di sekolah atau di rumah seperti meniru perlakuan kartun, watak dalam tv dsbgnya.
    Nasihat saya kepada puan, selidikilah dulu perangai dan tabiat anak kita sblm kita menyalahkan mana2 pihak. Kaji dan fahamilah anak2 autism ini, tidak cukup hanya dengan membaca atau menerusi internet sahaja. Saya cukup menyayangi anak2 autism ini kerana bagi saya mereka amat unik, dan saya amat membenci mereka, lebih2 lagi ibu bapa yang tidak dapat menerima anak mereka dilahirkan sebagai autism kerana bagi saya, inilah rahmat Allah pada kita, bersyukurlah anak kita telah mendapat tempat di syurga, insyaAllah. Puan, nasihat saya, berjumpalah secara elok, berbincang dengan terbuka dan penuh rasa kasih sayang dengan niat yg ikhlas dengan pihak sekolah/guru tersebut, kerana saya percaya mereka juga tidak mendapat keadilan sebagaimana yang puan laungkan. Berbincang secara elok dengan mereka, kaji bersama mereka cara yang terbaik untuk mendidik anak puan selagi tidak menyalahi peraturan. tiada gunanya puan menuntut perkara semacam ini, kerana bagi saya, apa yang puan mahukan dari pihak tersebut? Pengakuan? walaupun jika betul mereka tidak melakukannya? Mereka di dakwa, di buang kerja? Menghalang rezeki mereka? Permohonan maaf? Menang tuntutan saman di mahkamah? Semua ini memberikan faedah atau kebaikan pada anak puan?? atau keadilan pada semua? Saya yakin, jika anak puan pulih pada ketika ini, dia tidak akan mengizinkan puan bertindak begitu pada gurunya, yang selama ini menjaganya..percayalah...kejadian ini merupakan hikmah, satu hidayah pada kita, mungkin merupakan petunjuk Allah pada puan untuk lebih mengenali anak puan, gurunya, atau pihak yang terbabit. Anak puan tidak diminta dilahirkan begini, dan apakah hak kita untuk tidak menerimanya sebegitu? Banyak2kan selawat pada Allah, saya yakin cara puan sebegini kurang bijak, dan adakah yang ini anak puan inginkan? Anak puan perlukan ibu bapa yang kasih pada keluarga, ibu bapa yang penyayang dan bersama dengannya dalam mengharungi kehidupan. Saya tidak menyebelahi sesiapa tetapi atas nama keadilan membuatkan saya terpanggil untuk menulis. Hantarlah anak puan ke sekolah, jangan dinafikan haknya untuk menuntut ilmu. Allah maa mengetahui segalanya, maafkan saya andai tulisan saya ini membuat puan terasa hati, saya menulis bukan untuk memperjuang, bukan untuk meminta, bukan diminta sanjungan, hanya sekadar memberi, nasihat yang boleh sahaja kita tolak mentah2. Maafkan saya, wallahualam....

    ReplyDelete
  3. Terima kasih banyak Adrianne. Terima kasih. Akak ada jawab surat Adrianne bertajuk SURAT BUAT ADRIANNE. Akak tau, Adrianne adalah antara insan mulia atas muka bumi ni. mudah-mudahan akan ada lebih ramai lagi orang seperti Adrianne. Tahniah Adrianne atas baktimu untuk OKU.

    ReplyDelete