Thursday, August 20, 2009

SURAT TERBUKA UNTUK 'MEREKA YANG MELINDUNGI KEZALIMAN'

Tuan/Puan yang dihormati,

Anda menyaksikan kejadian anak saya ditumbuk dengan mata kepala anda sendiri. Anda melihat darah dan air mata anak saya. Anda mendengar tangisan anak saya. Anda mendengar jeritan anak saya. Anda adalah insan-insan yang dipilih Tuhan untuk menjadi saksi satu kezaliman.

Namun begitu ... anda tutup mulut serapat-rapatnya. Anda enggan bersuara. Anda tidak mahu berkata apa-apa.

Bagaimana dengan anak saya ?

Bagaimana ?

No comments:

Post a Comment