Friday, August 21, 2009

SURAT BUAT ADRIANNE

Terima kasih Adrianne kerana sudi memberi pandangan. Sikit pun saya tak terasa hati. Saya faham niat baik Adrianne.

Cuma izinkan saya, menjawab beberapa persoalan Adrianne.

1. Salinan diagnosis doktor ada dalam simpanan saya menyatakan berlaku kecederaan pada anak saya akibat objek tumpul.(Tidak ada doktor yang akan diagnos anak saya cedera ditumbuk guru. Ini adalah laporan standard yang biasa dikeluarkan oleh doktor dalam kes kecederaan). Sekiranya Adrianne berminat untuk melihat diagnosis tersebut, sila berjumpa peguam saya.

2. Merujuk pada tulisan Adrianne : Adrianne kata saya menuduh cikgu pilih kasih - Adrianne, saya tak ada pun menuduh cikgu pilih kasih.

3. Tahniah kerana Adrianne menjadi penjaga kepada anak-anak syurga ini. Dari situ, saya faham bahawa Adrianne sangat memahami tentang autisme. Untuk pengetahuan Adrianne, sama seperti Adrianne, saya juga faham tentang autisme. Saya seorang guru siswazah dan sekarang sedang menyambung pengajian dalam bidang sarjana pendidikan khas di sebuah universiti dalam negara.

4. "Nasihat saya kepada puan, selidikilah dulu perangai dan tabiat anak kita sblm kita menyalahkan mana2 pihak" - Merujuk kepada nasihat Adrianne ini, saya maklumkan bahawa saya telah menyelidiki perangai dan tabiat anak saya sebelum saya menuduh mana-mana pihak.

5. Saya menerima anak saya sepenuh hati. Saya amat bersyukur dengan anugerah Allah ini. Saya amat menyayangi anak saya.

6. Adrianne, pada hari kejadian, saya telah berjumpa dengan guru penolong kanan sekolah terbabit untuk mengadu anak saya ditumbuk dan seterusnya berbincang secara baik tetapi saya kecewa dengan sikap beliau.

7. Saya kecewa sangat2.

8. Apa yang saya mahukan ? Adrianne, saya mahukan keadilan. Apa yang mereka mahukan ? Mereka juga mahukan keadilan. Apa yang Adrianne mahukan ? Saya percaya Adrianne juga mahukan keadilan. Dari mana kita boleh dapat keadilan ni ? KEADILAN DATANG BERSAMA KEBENARAN. KEBENARAN: Anak saya ditumbuk. Kejadian itu ada saksi. Seorang murid kelas itu ada bercerita pada ibunya bahawa anak saya ditumbuk guru. Kemudian, ada orang telah tercerita kepada seorang guru bernama Puan N tentang kejadian itu. ADRIANNE, INI KISAH BENAR.

Saya telah membawa anak saya berjumpa pakar psikiatri, pakar mengesahkan bahawa ada trauma akibat satu kejadian yang berlaku di sekolah. Pakar ini masih cuba mendorong anak saya untuk bercerita kerana buat masa ini, anak saya menunjukkan feature of avoidance. maksudnya, dia enggan bercakap tentang insiden itu kerana dia masih trauma.

Sekarang , anak saya sedang menjalani rawatan untuk memulihkan dia dari trauma itu.

Saya akan ke Kuala Lumpur minggu hadapan untuk meneruskan rawatan trauma anak saya.

Adrianne nampak kan ? Betapa seriusnya saya menjaga kebajikan anak tercinta. ke hulu ke hilir saya pergi. Banyak duit digunakan. kadangkala saya terpaksa bercuti. Segala-galanya demi seorang anak.

Adrianne, bukan saya tak nak hantar anak ke sekolah tapi ANAK SAYA TRAUMA UNTUK KE SEKOLAH. DIA TAKUT DENGAN CIKGU YANG TUMBUK DIA. Saya tak pernah nafikan hak anak saya untuk ke sekolah. kalau boleh, saya nak dia sekolah macam anak-anak orang lain juga. Tapi apakan daya. Sekarang, 3 kali seminggu, saya menghantar anak ke tuition centre.

Adrianne, saya tak nak susahkan cikgu dan pihak sekolah. Saya sudi berunding kalau mereka sudi. Saya sudi mengaku salah kalau saya silap. Saya sudi minta maaf secara terbuka, kalau saya bersalah menuduh mereka. Saya sanggup Adrianne. Saya sanggup. Saya cuma seorang ibu yang mengharap ehsan orang. Tapi Adrianne, sudikah mereka berjumpa saya dan berterus terang ? Sudikah mereka berjumpa saya dan melihat keadaan anak saya hari ini ? Sudikah mereka ziarah anak saya di rumah, bawa sekeping dua kuih bertanya khabar ? Sudikah mereka Adrianne ?

Adrianne, saya tak berani tuduh orang kalau bukti tak kukuh. Saya takkan report polis, kalau bukti tak ada. Saya tak akan cari media kalau mereka sekolah kesian saya. Saya tak akan ambil lawyer kalau mereka tau hormat saya sebagai ibu yang melahirkan anak saya.

Adrianne, bukti saya sekukuh Everest. Cuma saya tak ada saksi kerana orang yang melihat kejadian ini telah bersubahat menyembunyikan kebenaran. BERSUBAHAT. BERKOMPLOT.

Adrianne, saya gembira Adrianne tak pernah tengok anak autistik dipukul tapi Adrianne nak dengar cerita ?

Saya ada seorang kawan, guru pendidikan khas. Dia ada anak autistik. Anak dia pernah kena pukul depan mata dia oleh seorang guru SEBAB cikgu tu tak tau ITU ANAK DIA. Percaya tak ?

lagi ... Kawan-kawan saya, guru pendidikan khas pun mengaku, ada kejadian-kejadian sebegitu ...

Adrianne, percayalah, tanpa bukti yang kukuh, saya takkan berani bersuara. Saya mempunyai dokumentasi sejak tahun 2004, membuktikan bahawa autistic abuse berlaku dalam pendidikan khas di Malaysia.

Adrianne, saya tak nak cikgu tu dibuang kerja. Saya tak nak. Itu periuk nasi dia. Biarlah dia ...

Cuma satu Adrianne, seorang ibu tak paksa seorang guru mengaku bersalah kalau dia tak buat... Just jumpa saya, pandang mata saya sedalam-dalamnya, ATAS NAMA ALLAH : KATAKAN : SAYA TAK TUMBUK ANAK PUAN. DEMI ALLAH. JIKA SAYA BERBOHONG, BALA ATAS SAYA DUNIA AKHIRAT.

Tutup cerita. Sanggup ke dia ?

Adrianne, sanggup ke dia ?

Adrianne, anak saya dah maafkan cikgu tu. Dia kata I HAVE FORGIVEN. Air mata saya bercucuran Adrianne. Semalaman saya menangis. Sebak. Begitu mulia hati anak saya. Syukur saya panjatkan pada Illahi mengurniakan anak yang hatinya sebersih itu. Alhamdulillah.

Begitulah Adrianne, maklum balas saya. Terima kasih banyak ye.

Insyaallah, setelah anak saya pulih dari trauma, saya akan hantar dia ke sekolah lain berdekatan rumah. Doa-doakanlah. Sekali lagi, terima kasih Adrianne. TERIMA KASIH.

No comments:

Post a Comment